Tuesday, 22 March 2016

Prolog

Ena masuk ke dalam bilik selepas borak panjang dengan Ibu mertuanya dengan niat untuk tidur terus sebab penat. Amin pun dah lama masuk tidur. Cahaya malap daripada lampu tidur dan suhu bilik yg sejuk berpunca daripada penghawa dingin menambahkan lagi rasa mengantuk Ena.
Ena masuk ke bilik air untuk cuci muka. Itulah rutinnya setiap malam. Selesai cuci muka, Ena memanjat perlahan ke atas katil. Risau kalau kalau menggangu lena si suami. Ena merapatkan badannya kepada Amin. Untuk Mendapatkan sedikit haba daripada suami supaya dia dapat tidur yg selesa.
''Kenapa masuk tidur lambat? Dah pukul brape ni?'' Suare garau Amin memeranjatkan Ena. Ena menghembus nafas panjang. Mati mati aku ingat dia dah tidur. Ena berbisik.
''Tadi sembang hal perempuan dengan ibu. Ingatkan abang dah tidur?'' Ujar Ena dengan mata yg tertutup rapat.
Amin sebenarnya geram dengan Ena pasal kes Ena tolong Amir tu.
Amin mengiringkan tubuhnya dan menatap muka polos Ena. Perasaan geramnya terhadap Ena sedikit mengendur. Matanya meneliti setiap inci wajah Isterinya. Ciuman hinggap di pipi Ena.
''Abang.. Sejuk lah'' Lirih Ena.
''So ?'' Amin sengaja mengusik.
''Tutup aircond boleh?''
''Nope! Sayang tau kan abang tak boleh tidur tanpa aircond'' Tungkas Amin.
''Please.. Tak kesian ke dekat Ena?'' Ena bersuara lembut. Walaupun badan dia 96% dibaluti comforter, sejuk tu tetap menusuk sampai ke tulang.
''No'' Jawab Amin ringkas.
''Hug me then. Can you?'' Pinta Ena.
''Sure.. Come closer''
Ok, memang selesa tidur dalam dakapan suami dengan suhu yg macam dekat luar tu winter je.
''Thanks..'' Ena mencium lembut pipi suaminya.
Kerusi disebelah ditarik dengan kasar. Serentak dengan tu jugak Ena bagaikan terkena renjatan elektrik. Terkejut dengan tindakan Amin itu. Nasib baik Ena pegang kemas cawan yg berisi hot chocolate tu. Datang dah monsun tengkujuh dia, apa pulak yg tak kene ni. Ena bermonolog. Rengusan kasar Amin menyapa gegendang telinga Ena. Ena terus beriak biasa dan menghirup sedikit demi sedikit hot chocolatenya. Selang beberapa minit lepas tu,
Panggg! Meja makan ditumbuk oleh Amin. Tahap kesabaran Ena mencapai tahap maksima dah masuk zon bahaya. Jelingan maut diberikan kepada Amin.
''What's wrong with you ?''
''I'm not stupid enough for you to lie me in such a things Nor Syareena Ramle !'' Suara Amin naik satu oktaf.
''What I've done ?''
''You're cheat ! Unfaithful, Liar n pointless !'' Jari telunjuk Amin tepat ke arah muka isterinya. Ena menekup mulutnya menahan esakan dan airmata yg dah bergenang. Tak sangka Amin boleh cakap macam tu tentang dia. Ena cepat2 beredar dari ruangan dapur dan masuk ke bilik. Badan dihempaskan ke atas katil. Airmata bercucuran jatuh ke pipi.
Ena menangis semahunya.
''Damn it !!'' Amin menumbuk dinding. Sakit hati dengan apa yg dah dilakukan oleh isterinya.
Peristiwa 3hari lepas, kembali berlegar legar di fikiran sekaligus menyerabutkan lagi fikiran Amin. Amin bangkit daripada pembaringan dan mengatur langkah untuk masuk ke bilik. Dia dah terlambat untuk punch card. Harini jugak dia perlu pergi ke studionya untuk melihat perkembangan latihan oleh anak buahnya. Tombol pintu bilik dipulasnya perlahan. Tak berkunci. Amin masuk ke dalam bilik dengan wajah yg masam mencuka. Dia tak boleh terima kejadian tu sampai Ena betul betul cerita kat dia hal yg sebenar. Dia nak Ida jujur dengan sendiri.
Amin mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
Ena bangun apabila dengar bunyi curahan air di bilik air. Matanya sembab. Ini lah padah kalau terlelap masa tengah sakan menangis.
Ena tahu Amin akan ke Universitinya untuk punch card dan Amin jugak akan ke Studionya harini. Ena segera bangun bila dia teringat yg baju Amin tak bergosok lagi. Biarlah dia nak marah aku ke apa ke asalkan aku tak lari dari tanggungjawab. Ena berkata sendirian.
Amin keluar dari bilik air dan tengok isterinya dah takde atas katil. Tadi bukan tidur ke? Amin bermonolog. Selesai iron baju casual Amin, Ena menyangkut pakaian Amin didalam almari dan ingin segera beredar untuk mengelak daripada bertembung dengan suaminya. Namun, mereka sama2 bertembung sebab Amin nak ambik baju dia, Ena pulak nak keluar dari ruangan pakaian dalam bilik mereka tu. Sudah.
''Baju dah iron, ada dalam almari'' Maklum Ena dan segera meloloskan diri dari bilik itu.
''Bro, Ena mana? biasa kau bawak dia sekali datang studio'' Sapa Nuar kepada Amin yg duduk termenung memerhatikan latihan beatbox anak buahnya.
Amin tak menjawab.
Nuar menolak sedikit bahu kawannya itu.
''Wei, kau ni kenapa?'' Soal Nuar hairan dengan perangai Amin.
Amin keluarkan phone daripada poketnya dan menunjukkan sesuatu kepada Anuar.
''Ni gambar Ena dengan sapa ni ?'' Soal Nuar terkejut.
Amin menjongketkan bahunya.
''So, kau gaduh dengan dia lah ni ?'' Amin mengangguk sebagai jawapan.
''Kau tak siasat dulu ke pasal ni ? sapa yg hantar kat kau gambar ni ? macam dalam drama lah'' Anuar ketawa yg tak mencuit langsung hati keras Amin.
''Wei.. kau ni kan. Cuba kau tanya dulu perkara sebenar.. mana tau ni adik dia ke, Abang dia ke, lagipun setakat makan dekat satu meja bukan ada pegang2 atau aksi tak sepatutnya pun. Chill la kau jangan buat tindakan bodoh terus'' Nasihat bernas dilontarkan oleh Nuar kepada Amin.
''Aku nak dia jujur'' Jawab Amin ringkas.
''Kau nak dia jujur macam mana ? dia sendiri pun takda buat salah''
''Mana kau tau dia tak salah ?! Kau baru tengok gambar tu je lepas makan tu, kau tak fikir ke apa jadi lepas tu?!'' Amin bersuara geram.
''Kau pun baru tengok gambar bro ! kau dah judge macam macam ! mana konsep percaya satu sama lain yg korang dah janji tu ?! mana?! Fikir baik baik bro sebelum cakap, takut kau yg menyesal'' Nuar tinggalkan Amin berseorangan. Memberi ruang untuk Amin berfikir.
Bunyi enjin kereta si suami yg memasuki perkarangan rumah membuatkan Ena sedikit resah dan kekok sebab diorang tak pernah macamni tapi diteruskan jugak aktiviti memasak lauk untuk lunch. Harini Ena masak padprik ayam, omelette, n sayur kacang. Simple but nice. Bau padprik yg dimasak oleh Ena menusuk ke dalam qalbu Amin yg tengah duduk menghadap laptop. Kata kata Nuar menerjah ruangan minda. Amin dirundung rasa bersalah dengan kata kata yg terkeluar daripada mulutnya pagi tadi. Tersasul sebab ego. Ya. Lelaki. Amin menapak ke ruangan dapur. Gambar yg dihantar oleh PA nya melalui whatsapp dibuka. Ena sibuk memasak sampai tak perasan Amin dibelakang. Hati Amin tersentuh dengan Ena. Walaupun kne marah, tapi tetap tak abaikan tanggungjawab. Salute ?
Amin berdehem.
Ena berpaling.
''Ni siape ?'' Gambar didalam phone ditunjukkan kepada Ena. Dia terpaksa rendahkan egonya.
Muka Ena berubah mendung. Sebab ni ke dia marah aku ? Ena menyoal diri sendiri.
''Adik beradik susu org. Dia baru balik daripada luar negara. Org dah lama tak jumpa dia. Kami rapat dari kecik lagi. Org dah anggap dia macam abang kandung'' Ena membalas soalan suaminya dengan yakin. Dia nak menafikan tuduhan Amin yg Amin cakap dia pointless, unfaithful, Liar tu. Dia perlu tegakkan kebenaran.
''Tak pernah tau pun ada adik beradik susu ?'' soal Amin dengan suara dingin. Masih meragui.
''Sebab dia dah lama tak balik Malaysia.. tak sempat nak kenalkan. Masa wedding kita pun dia tak dapat nak datang. Sorry sebab tak bagitau Abang nak jumpa dengan dia sebab kebetulan sangat masa tu'' Ena menekur lantai. Tak nak pandang wajah Amin. Salah dia jugak sebab tak bagitau awal awal. Amin menghela nafas berat. Dugaan dugaan. Silap masuk jerat, terjerat diri sendiri. Eh eh ? haha
Amin bergerak perlahan kepada Ena. Ena yg perasan dengan situasi tu terus sambung kerjanya. Amin semakin hampir dengannya. Amin merangkul pinggang isterinya erat.
Baru nak menyesal. Cehh, tak gentle langsung. Kutuk Ena didalam hati.
''Sayang...'' Panggil Amin ingin minta maaf.
Tiada sahutan daripada Ena. Tangan yg melingkari pinggangnya ditepis lembut.
Ingat dia sorang je ade ego ? aku pun ade lah. Balas Ena didalam hati. Uish nak lancarkan perang dingin ke ni ? Amin pulak berkata dalam hati. Heart contact. hahaha
Makanan yg dah siap dimasak dah pun siap terhidang diatas meja makan. Ena mengambil phonenya dan ambil gambar menu lunch diorang then post dekat insta. hehe. Amin pergi bersihkan diri dengan hati yg lara sebab belum berjaya lagi untuk dapatkan kemaafan yg sangat mahal nilainya bagi dirinya. Tapi dia tak putus asa.
Amin turun ke bawah untuk makan tengahari dengan isteri tercintah.
Terkejut Amin bila dia tengok Ena dah melantak dulu tanpa tunggu dia. Takpelah..
Pasrah. Amin mengambil tempat disebelah Ena. Ena tak hiraukan Amin disebelah. Sibuk sangat makan. Sedap giler masakan air tangan sendiri. Masuk trolley tolak sendiri nampak. Amin mencuit peha Ena.
''Nak ape ?'' Soal Ena acuh tak acuh.
Amin menjuihkan bibirnya kearah pinggannya yg kosong. Terkebil kebil mata mintak simpati. Haish nasib sayang. Nasi disendukkan ke dalam pinggan suaminya begitu jugak dengan lauk.
''Thanks sayang..'' Ucap Amin lembut. Ena menayangkan muka tanpa riak. Betul betul deep.
Lately ni, perangai Amin semakin membimbangkan Ena. Bayangkan daripada balik kerja sampai tengah malam asyik menghadap laptop yg tak bernyawa tu. Berhenti pun untuk solat, n makan tu je. Mula mula Ena boleh lagi terima lama kelamaan, naik rimas tengok suami dia macamtu. Ena baring di atas katil sambil main phone.
''Yang, buat coffee'' Amin berpaling kejap ke belakang. Ena jongketkan kening dengar permintaan suaminya. Malas malas Ena turun dari katil untuk buat coffee suaminya. Amin hadiahkan senyum yg paling manis buat Ena. Adushh tergolek iman.
uhuk.
''Nah'' Ena meletakkan mug di atas meja dimana tempat suaminya 'bertapa' semenjak dua menjak ni.
Ena baru nak berlalu dari situ tapi dengan pantas Amin menarik lengan Ena. Ena kembungkan pipinya.
''Nak pergi mana ?'' soal Amin.
''Nak cari kedamaian'' Jawab Ena tenang.
Amin buat muka blur.
''Eh taklah .. nak cari husband baru yang tak biarkan kita sorang diri'' Ena menambah.
Bulat mata Amin mendengar butir bicara yg keluar dari mulut isterinya. Serius ? haha
''Haihh.. First of all, sorry sangat sangat kalau Syar rasa abang dah lain sekarang ni. Asyik dengan kerja je bukan dengan Syar. Abang sebenarnya nak keep in markah student2 ni, kan abang cuti seminggu minggu lepas.. so, semua assigtment ni diorang email je. Tu yg sibuk menghadap lappy je. Jangan lah cari husband baru.. please'' Jelas Amin dengan suara yg dilenturkan sehabis mungkin. Ena selesa duduk di riba suaminya. Walaupun rasa nak pitam bila tengok meja kerja Amin yg dah macam uruskan hal hal negara je. Amin mencuit pipi gebu insan yg paling disayangi selepas ibunya.
Pelengkap dan penyeri hidup. Permaisuri dan bidadari di hati. Ok.
Really mean it.
''Ouh.. oklah, nak tidur dulu'' Pamit Ena. Amin merangkul pinggang isterinya. Maka, pergerakan Ena pun terhalang. Amin perasan riak bosan di wajah Ena.
Amin menanggalkan cermin matanya. Mencari cari anak mata si isteri. Anak mata mereka bertembung jugak akhirnya.
''Sayang faham kerja abangkan ?'' Soal Amin lembut.
Jujur Ena terpukau dengan lirikan mata suaminya itu.
Ena mengganguk perlahan. Ena bangun daripada ribaan Amin.
''Syar tidur dulu.. jangan lambat sangat tidur. Night Assalamualaikum'' Ucap Ena dengan suara yg sayu sebab dah mengantuk.
Satu ciuman di dahi Ena oleh Amin dan satu ciuman di pipi Amin oleh Ena. Night Kiss.
''Maafkan segala dosa Ena'' Sambungnya lagi seraya menyalami tangan kekar milik suaminya.
Amin mengganguk dan mengusap kepala isterinya.
Tak lama lepas tu, Amin mengemas kerjanya dan terus ke katil untuk tidur. Dia pun dah ngantuk sangat esok nak kerja pulak. Sebelum naik ke katil, suhu aircond dinaikkan ke 27°C. Kesian dekat bini punya pasal.
''Sayang, Jom !! Cepat lah!!'' laung Amin yg berada di tengah tengah kolam. Ena menundukkan kepalanya malu beb kau panggil aku macam tu dah lah dekat public bukan kolam rumah yg semestinya sdn bhd. Ena bermonolog.
Dalam tak sedar, baju Ena sedikit basah sebab terkena percikan air daripada Amin. Ena mengetap gigi geram.
Amin senyum macam kerang lepas rebus.
''Jomlah sayang.. tak syok mandi sorang2. Kita mandi barang yuk'' Ajak Amin ceria. Ena menggeleng laju. Amin mengeluh.
''Apa lah makna vacay kalau mandi kolam pun sorang sorang'' Amin duduk di tepian sambil kakinya masih terendam dalam kolam.
Ena pun ikut sama duduk sebelah Amin.
''Inikan public.. Gile ke nak mandi dekat sini ?''
''Ape yg gile nya ?'' soal Amin hairan. Ena tepuk dahi dengar soalan kurang cerdik suaminya itu.
Kenape lambat pulak sel sel otak dia berhubung kali ni ? adoi.
''First, sebab Syar perempuan. Second, sebab Syar Mrs Amin. Third, sebab Syar tak suka. Empat, sebab Syar tak suka. Lastly, sebab Syar tak pandai berenang !!'' Habis je ayat, dengan kudrat Ena yg tak seberapa ni menolak kuat tubuh suaminya ke dalam kolam. Ena tahu Amin pandai berenang. Jaguh kampung kut suatu masa dulu terjun Sg Semantan berjaya jugak jadi hero dengan bantuan bomba akhirnya. Hahaha.
Seusai solat Isyak, Ena bersiap ala kadar dengan mengenakan blaus dan skirt panjang then tudung crepe melebihi paras dada untuk keluar makan malam. Belum sempat nak tutup pintu bilik, monopod dah tersua betul betul depan muka. Tak lain tak bukan, Amin punya kerja lah ni. Figura Amin muncul disebalik dinding. Ena menampar agak kuat lengan Amin sebab agak terkejut dengan tindakan suaminya itu. Amin sengih menampakkan gigi putih sebaris. Amin mendekatkan diri kepada isterinya. Bersedia untuk berwefie.
''1,2,3.. say cheese'' Butang 'snap' ditekan. Ok, post kat Ig jap lagi.
Amin memimpin tangan isterinya berjalan masuk ke dalam sebuah restoran yg agak mewah area pusat peranginan ini. Langkah Ena terhenti di tengah tengah pintu utama restoran mewah itu.
''Jomlah, cakap lapar'' Amin menegur.
''Makan tempat lain lah.. tempat biasa je, tengok Syar punya baju ni macam mana'' Ena berkira kira untuk berpatah balik. Amin terus menarik isterinya masuk.
Ternganga mulut Ena apabila melihat apa yg tersedia didepannya. Amin menarik kerusi dan mempersilakan isterinya untuk duduk. Dude! kau..
hm. Waa. Romantik gitu.
Ena masih lagi dalam keadaan pening pening cinta dengan situasi mereka sekarang.
''Macam mana abang buat semua ni ?'' soal Ena teruja.
''Abang buat semua ni sebelum malam ni lah'' Balas Amin.
''Sayang suka ?'' Tambah Amin lagi.
''Suka.. Cantik.. tapi, bukan abang dengan Syar je ke dalam bilik petang tadi ? bile masa pulak abang buat semua ni'' Ena memerhati susun atur meja makan mereka. Cantik, dah macam makan dekat meja pengantin yg dalam Mahligai Cinta tu dah. Tapi Ena sedikit ralat sebab pakaian dia tak sesuai untuk candle light dinner macam ni.
''Rasa macam tak adil la sebab abang pakai baju cantik-cantik. Syar baju simple je'' Ujar Ena.
Amin menarik kedua dua tangan isterinya.
''Simple but nice. Syar tetap cantik pakai apa pun''
''Abang tak jawab lagi soalan Syar''
''Ouh.. em Abang hire someone untuk sediakan ni. Tapi ni semua idea abang tau''
''Serius ? Ouh ok, taktau pun yg abang ni seorang yg romantik and kreatif. Hm Sayang abang. Jeg elsker deg Amin'' Ucap Ena sambil mengerdipkan mata.
Amin ketawa kecil. Kembang telinga kena puji. Alololo comel je. erk!
''Kan, Love you too'' Ucap Amin. Sementara tu, otak Amin ligat memikirkan cara untuk suprise yg seterusnya.
Fikir punya fikir, mentol menyala jugak akhirnya hiks.
Berkerut dahi Ena melihat si suami yg seakan gelisah mencari sesuatu. Sekejap tunduk, sekejap kiri, sekejap kanan.
''Kenape ni abang ?'' ringan mulut Ena untuk bertanya.
''Abang cari..'' Ayat Amin tergantung begitu sahaja.
''Cari apa ? apa yg hilang?'' Ena pun bantu suaminya kut kut barang berharga dia yg hilang ke kalau tak takkan la macam cacing kene jirus air panas. Contoh yg berharga tu. Kasih sayang dia dekat aku. Gile kalau hilang.. hahaha. Aku tembak dia guna senapang angin. Ah, merepek kau ni Ena.
Amin segera keluarkan kotak hitam daripada poket seluarnya. Amin menongkat mukanya di atas meja sambil memerhatikan aksi si isteri yg comel ajet ajet caring tu. hahaha kesian kene 'pancing' dengan husband sendiri.
''Abang.. tak jumpa apa apa pun.. apa yg hilang?'' Ena menyoal.
Ena semakin pelik dengan perangai Amin malam ni.
''Hah ? tak jumpa ?'' Soal Amin mengusik.
Ena menggeleng.
''Memanglah tak jumpa, sebab abang dah jumpa'' Tenang je suara Amin setenang air perigi.
''Hisy!! tak faham betul dengan abang ni'' Ena bersuara geram.
''Betul la sayang.. abang dah jumpa, ni haa'' Amin menyerahkan kotak hitam itu kepada Ena. Membulat mata si isteri. Hilang terus selera makan sebab dah dapat hadiah !! yey yey. Rase macam nak melompat ke langit tinggi.
''Ape ni ? Bukak eh ?''
''Bukak lah.. tapi baca bismillah n tarik nafas dulu, mana tau kut dalam tu ade katak ke'' Amin ketawa senang.
Ena menjeling tajam.
''Hehe, bukak lah''
Tak tunggu lama Ena terus membuka kotak hitam tu. Ok, memang rasa nak bagi hug je dekat suami sebab dapat rantai emas yg dia pernah usya masa dia form4 dekat satu kedai emas tu. Hah ?
''Waah !! Terimass abang. Love it. Thank you so much'' Suara dia macam baru dapat anugerah pelakon wanita terbaik tau. haha
''Most welcome dear''
Happiness belong to us.




-Tapi pandai nak arrange ayat. Sekadar menulis ape yang terlintas difikiran . Ya, memang banyak kekurangan . Yang ni takde cerita pun. Saje post. -_-" hehe-

posted from Bloggeroid

Sunday, 20 March 2016

Kingdom of Betarean

Salam diberi pembuka bicara,
4 Beta punya cerita,
20puteri 5orang putera,
Walaupun tak ramai itu belakang kira.
En. Yusri guru kelas kami,
Orgnya pemurah lagi baik hati,
Niat dihati murni sekali,
Ingin mendidik kami semua ini.
Ini dia leader 4 Beta,
Muhammad Azlan 'berbadan sasa',
Dalam kelas asyik menyanyi,
Buatkan cikgu Afwani pening dengan dia ni.
Assistant leader Khairyn namanya,
Wakil pantun sekolah kita,
Kalah atau menang, dia tak kira,
Apa apa pun Khairyn memang power.
Arahan diberi dia turuti,
Menjadi ceti di kelas kami,
Mencari budak mana yg lari,
Itulah Ika si bendahari.
Fahmi dan Syukran tak banyak cerita,
Dalam kelas sentiasa fokus,
Walaupun banyak gangguan,
Di kanan dan kiri mereka.
Sorang lagi budak lelaki,
Muhammad Ikmal nama diberi,
Muka dia 'comel macam baby',
Kalau tak percaya tatap lah sendiri.
Oh ya! Maaf saya terlupa,
Belum lengkap lagi kaum adam kita,
Macam mana boleh lupa dengan joker kami,
Sorry lah luqman koi nak deras ni!
Ok nak describe tentang mereka,
Farisha dan Balqis empunya diri,
Ke mana saja 'sering bersama',
Dan sama sama cantik sejak dikenali.
Syaza Najihah si mulut becak,
Renungan matanya 'menusuk ke qalbu',
Selalu diganggu oleh kaum Adam,
Tak pelah Syaza kami bersamamu.
Suaranya comel menawan hati, orangnya sentiasa happy go lucky,
Awas pemikirannya tajam sekali,
Gelaran Insyirah paling disenangi.
Muka macam babyface serius tak tipu,
Nadyra Nakylla memang macamtu,
Sentiasa bersemangat nak timba ilmu,
Untuk mencapai impian yang satu.
Takde cikgu dia 'syahid',
Ade cikgu dia pun 'syahid',
Beliau Syamimi yg perasan cantik,
Walaupun begitu dia ni memang baik.
Dari Kelantan berhijarah ke mari,
Ikut abang dia Cg. Arbain,
Nur Sulaila nama dalam IC,
Awas! hatinya sudah dimiliki.
Malu malu daun semalu,
Pemalu lagi Nurul Wahidah,
Orangnya sopan sopan begitu,
Buat apa pun semua dia 'redha'.
Najwa dan Wizni macam Upin Ipin,
Artis korea bertahta dihati,
Ke sana ke mari kadang berpimpin,
Berjanji untuk sehidup semati.
Subjek Elektif diorang struggle gile,
Ai maklumlah cita cita diorang doktor,
Memang salute! Sebab diorang humble,
Pui Menn dan Kai Li empunya cerita.
Beralih pula kepada mereka,
Syifaa dan Teha duduk bersama,
Dalam kelas 'study' je kerja,
Merekalah harapan ibu dan bapa.
Bersuara lunak macam 'Siti Nordiana',
Menyanyi pandai belajar pun pandai,
Nama Nor Halena a.k.a Nana,
Semoga cita cita Nana nanti tercapai.
Berbadan kecil comel orangnya,
Budak baru di sekolah ini,
Nur Liyana diam sahaja,
Tapi jangan main main dengan dia ni.
Anis Suraya indah maksudnya,
Sama lah jugak dengan tuannya,
Berkawan dengan siapa sahaja,
Sayang dirinya sudah berpunya.
Paling latest di kelas kami,
Dari N9 bertandang ke sini,
Dia punya 'peloles macam bidadari',
Panggil je Aisyah gerenti dia mari.
Diam diam ubi berisi,
Dalam diam dia memerhati,
Setiap langkah dan gerak geri,
Itulah saya yg buat seloka ini.
Berakhir sudah 'intro' kami,
Tiada niat lain tersimpan dihati,
Cuma nak eratkan lagi ukhuwah ini,
Kalau terasa hati kita jumpa nanti.
Salam diberi penutup bicara,
Teruskan usaha korang semua,
Sentiasa istiqamah dalam perkara,
In shaa Allah kejayaan milik kita jua.
#SPMCandidates17'SMKT

posted from Bloggeroid

Saturday, 19 March 2016

MAYH

Adam Rifhan bin Abdul Gani. Nama insan tu selalu muncul dalam benak otak aku sejak kebelakangan ni. Kenape eh ? Aku rasa aku pernah dengar nama ni. Tapi aku lupa orangnya macam mana dan macam mana aku boleh tau nama tu. Senak otak aku fikir!
''Tia, Tiaa !!'' terus terbantut idea aku nak tulis diari. Buku diari aku simpan baik baik dalam laci yang berkunci. Langkah diatur untuk keluar dari bilik
''Ye ibuu..'' sahut Tia
''Lambat betul Tia ni. Buat ape dalam bilik tu?'' Soal Puan Saira kepada puteri kesayangannya itu
''Emm, tadi study lepastu .. Emm adelah'' dengan muka comel Tia membalas soalan ibu dia. Puan Saira hanya menggeleng dengan perangai Tia.
''Lepas tu tulis diari. kan ?'' Tebak Puan Saira. Dah masak dengan perangai Tia yang satu ni. Kalau asyik terperap dalam bilik tu tak study, tulis diari atau tidur. Tebakkan Puan Saira dibalas dengan sengihan memanjang oleh Tia.
''Ibu masak ape?''
''Nasi ayam. Ni tolong Ibu hidangkan. Kejap lagi balik la Baba tu'' Tia membantu Puan Saira menghidangkan hidangan tengahari mereka. Ibu masak banyak banyak ni, mesti ada tetamu nak datang. Orang datang nak meminang aku kut. Chia chia. Tia spm pun belum lagi. Behave Tia.
''Assalamualaikum'' ucap Encik Syukor sejurus sampai di meja makan.
''Waalaikumussalam'' Jawab Puan Saira dan Tia serentak.
''Ibu, ibu masak banyak banyak ni ade orang nak datang ke ?'' Tia mengajukan soalan kepada Puan Saira sambil menuang air sunquick untuk babanya.
Terhenti langkah Puan Saira untuk ke dapur. Pandangan dihalakan kepada Tia. Tia jongket kening.
''Kenape bu ?''
''Lupa la tu, kan Ibu dah cakap kat Tia yang harini keluarga Pakcik Yasir nak datang'' Tia menepuk dahi. Tersenyum Encik Syukor melihat telatah anaknya.
''Assalamualaikum !!'' Laung satu suara dari luar. Tia bergegas masuk ke dalam bilik untuk salin baju yang sesuai dan tudung. Nasib baik sempat pecut.
Puan Saira mengekori suaminya ke pintu untuk menyambut tetamu mereka harini. Macam ramai je orang dekat luar tu.
Di dalam bilik, Tia kalut mencari sesuatu dalam almari pakaiannya.
''Takkan nak keluar tanpa stoking kut. Tapi kalau duduk je dalam bilik, tak baik pulak sebab ade tetamu'' Tia bersuara sendiri. Macam mana boleh hilang stoking tu pun dia tak tau. Tia bersandar pada pintu biliknya, mengharap Ibu datang untuk memanggilnya.
''Jemput la duduk. Ni haa, orang rumah aku ade masak sikit. Kita makan tengahari sama sama la ye'' Pelawa Encik Syukor.
''Buat susahkan kau orang je. Aku ni pun kebetulan nak ke Terengganu esok alang alang tu singgah la sini jumpa kau. Dah lama tak jumpa'' Maklum Encik Yasir. Puan Saira
menghulur tangan kepada Isteri Encik Yasir. Mereka berjabat tangan dengan senyuman tak lekang dari bibir masing masing.
''Anak ke ?'' Soal Puan Saira menunjukkan budak lelaki yang duduk di sebelah Puan Faizah.
''Ha ah, ni anak nombor 3'' Balas Puan Faizah. Adam menghadiahkan senyuman kepada wanita dihadapannya itu.
''Kau berape dah anak ni Ri ?''
''Aku 5 je. Yang aku bawak ni nombor 3. Adam Rifhan nama dia. Kau berape orang anak ?'' Soal Encik Yasir pula.
''The only one'' Encik Syukor menunjukkan angka satu. Mereka mengangguk dan tersenyum.
''Haa, mana si Tia ni yang ?''
''Dalam bilik tadi bang, jap eh saya pergi tengok'' Pamit Puan Saira. Langkah diatur ke bilik Tia. Apa la budak bertuah ni buat dalam bilik tu.
Beberape minit kemudian, mereka kembali ke meja makan. Tia menghampiri isteri kawan babanya untuk bersalam.
''Assalamualaikum, makcik pakcik. Jemput la makan'' Tia berbahasa dengan penuh sopan. Dia mengambil tempat disebelah ibunya.
''Waalaikumussalam'' jawab semua.
''Besar dah anak kau ni Syuk, umur berape?'' Langsung Encik Yasir menyoalnya.
''Tujuh belas'' Tia menjawab.
''Ouh, sebaye la dengan anak makcik ni'' Adam yang dimaksudkan itu. Adam langsung tidak mengangkat mukanya bila sedar kewujudan Tia.
Tia memerhatikan lelaki yang dimaksudkan itu sedari tadi dia menunduk. Tak nampak muka langsung. Hati mula tertanya tanya. Perasaan mula menimbulkan Persoalan. Kenape lelaki yang berjubah kelabu dan berkopiah itu menunduk ? Kalau dari zahirnya kelihatan seperti seorang Zuhud. Allahuakbar.
''Jemput la makan'' Pelawa Puan Saira pula mematikan pemerhatian Tia kepada lelaki tersebut. Ape kes kau pandang dia lama lama ni Tia oii ! Bikin saham malu sdn bhd naik je. Astaghfirullahalazim. Ucap Tia didalam hati nasib mereka yang lain tak perasan. Tapi tak Adam. Dia perasan ada orang yg memerhatikan dia. Sungguh dia tak selesa.
Banyak hal yang dibincangkan Encik Yasir dengan sahabat lamanya itu. Memang macam macam cerita mereka kupas. Maklumlah, dah hampir 10 tahun tak berjumpa. Dan barulah Tia tahu yang anak kawan baba dia tu seorang hafiz dan sekarang tengah menuntut ilmu di salah satu Pondok Tahfiz yang terkemuka di negeri Terengganu. Patutlah..
Mereka bersalaman dan menghantar tetamu mereka harini ke pintu untuk pulang.
''Ok, Adam. Belajar dekat sana dah berape tahun ?'' Soal Encik Syukor terpaling secara automatik kepala Tia memandang lelaki tadi. Adam ?
''Daripada form 3 lagi pakcik. Lebih kurang 2 tahun lebih'' Jawab Adam. Tia kurang nampak muka Adam sebab dia berdiri mengiring menghadap Babanya. Adakah itu Adam Rifhan ? Lelaki yang selalu menerjah kotak minda aku ? Soal Tia sendiri.
Kalau aku dapat la tahu muka tadi, mungkin.. Ahh, nama kawan baba tu kan Yasir. Nama lelaki yang dia fikirkan tu, Adam Rifhan bin Abdul Gani. Gani dengan Yasir lain sangat bunyinya. Hish. Dengan penuh sabar Zara menunggu batang hidung kawan baik dia tu muncul. Selang beberapa minit lepastu, dari jauh kelihatan seperti orang yang sedang kayuh basikal. Zara berdiri sambil mencekak pinggangnya. Tia yang nampak Zara macam tu, sebijik macam Ibu. Haha.
Belum sempat Tia nak parking basikal dia, Zara terlebih dahulu meluru kearahnya. Dengan muka ketat. Masha Allah. Kesian kawan aku ni.
''Sabar, Aku lambat ni..''
''Haa, memang melimpah limpah sabar aku tunggu kau '' Tungkas Zara. Ok, Zara tak suka buang masa dengan menunggu kelewatan orang. Ni pun nasib kawan je tau.
''Ok lah, jom mulakan. Buat la alasan logik satu muka surat pun kau bukan nak percaya'' Balas Tia.
Sebelum memulakan diorang punya hobi iaitu study group, Diorang baca Al fatihah, doa penerang hati, mathurat dan 3 kul. In shaa Allah diberkatiNya dan memperoleh hasil yang baik daripada perbincangan mereka.
Setiap hari sabtu diorang akan berkumpul di sekolah untuk buat study group. Leader diorang Zara, kalau nak join, ade syarat syarat yang perlu dituruti tak banyak tapi antaranya, tak boleh langsung main phone. Zara tegas orangnya tapi dia jugak sporting so, takde yang stress pun bila join study group ni. Pandai dia.
''Minggu ni, korang ade homework ape ?'' ditujukan soalan kepada Afiq dan Muiz.
''Korang kenape blur je harini ? Fikir masalah negara ke ape ?'' Sampuk Tia. Dia dah ready dengan buku latihan addmath. Afiq menggeleng manakala Muiz pulak menjuih bibir kearah buku yang dipegang Tia. Zara mengangguk faham. Homework Addmath bertimbun rupanya patut muka moyok je.
''Alahh, bukan 'cuti panjang' kalau takda Homework Addmath. Kita cuba la sedaya yang boleh. Yang penting sekarang, aku nak korang bersemangat balik. Meh, aku tolong mana yang kau tak faham. In shaa Allah'' Tia mengangguk setuju dengan apa yang Zara cakap.
''So, harini kita study addmath je boleh ?'' Pinta Tia
''Betul tu. Aku rase kita study addmath je harini. Pecah otak kalau nak study semua'' Sokong Afiq. Muiz pun mengangguk tanda setuju.
''Yelah.. Tapi ingat korang kene fokus'' Arah Zara. Mereka tumpukan seratus peratus pada buku modul addmath dengan kalkulator masing masing. Bila ada soalan yang tak faham baru tanya barulah bersuara.
''Zara, kau cantik sangat harini'' Puji Afiq. Zara yang tengah khusyuk ajar Tia, tiba tiba blushing. Berderau darah menyerbu. Rupa rupanya daripada tadi lagi Afiq dok perhatikan Zara. Afiq pun macam baru sedar dengan apa yang dia dah luahkan. Afiq telan air liur. Muiz masih istiqamah siapkan soalan persamaan serentak yang ade dalam modul tu. Tak sedar langsung dengan situasi diorang sekarang.
Anak mata Tia tak berhenti bergerak melihat muka blushing Zara dengan muka cuak Afiq. Haha kelakar rasa.
''Ok, Aku rase kita patut promote kita punya study group ni dalam group wasap. Biar ramai sikit ahli'' Tia bersuara. Kesian pulak tengok muka Zara yang blushing gile tu. Muiz angkat muka hairan. Aik? Dengar pun ape yang Aku cakap, ape yg Afiq confess tak dengar pulak. Pelik duh. Tia bermonolog
''Kenape nak tambah ahli ? Tak payah la wei, diorang tu bukan nak belajar pun. Aku tak suka la kalau diorang join. Tak payah eh?''
Semua mata terarah kepada Muiz. Muka Muiz blur habis.
''Ape ? Wait! Asal muka korang ni pelik..'' Sambung Muiz lagi.
''Takde ape lah. Em, sambung balik'' Zara bersuara. Puas dia kawal perasaan dan reaksi muka. Tapi kantoi jugak. Malu la. Aaa. Rase nak balik, nak duduk dalam bilik, tekup muka dengan bantal. Maluuu! Afiq yang dari tadi nak tanya Zara soalan terus terbantut sebab dia tak kawal apa yang dia patut kawal. Nasib la nak tanya si Muiz, dia pun sangkut dengan soalan macamni. Hishh ! Padan muka kau Fiq ! Marah Afiq pada dirinya sendiri.
Sepanjang perjalanan pulang, Zara banyak mendiamkan diri. Hari ni Afiq dengan Muiz tak ikut diorang balik sekali sebab diorang nak singgah masjid untuk solat asar, lepastu main bola. Nak release tension sebab stress buat homework Addmath katanya.
''Kau boleh diam sejenak tak Tia?'' Terkedu, terkaku, terpaku Tia dibuatnya. Dia punya la semangat nyanyi lagu stitches nyanyian Shawn Mendes semata mata nak hiburkan hati dan tenangkan fikiran tu selepas dibadai dengan ribut penyelesaian masalah Addmath tadi. Takkan tu pun tak faham? Bibir Tia akhirnya merekah senyum. Ok, tahu la dia yang Zara tengah fikirkan apa yang Afiq cakap tadi. Lagipun, bukannya aku taktau yang Afiq memang dari darjah satu lagi jadi secret admire si Zara ni. Cuma tadi je dah menjadi suratan takdir diorang Afiq terluah apa yang dia rasa. Auuuch. Kalau selama ni Zara hanya dengar pujian Afiq kepada dirinya daripada mulut orang. Sekarang, dah dengar dengan telinga sendiri jangan tanyalah kenapa hormon tiba tiba tak stabil. Hahaha. Laju kayuhan Zara meninggalkan Tia agak ke belakang sedikit. Cepatla sampai rumah. Tak sabar nak peluk then mengadu dekat mr Teddy.Zara bermonolog.

To be Continued. . . 😚

posted from Bloggeroid

First

Just begin

posted from Bloggeroid

First

Hi

posted from Bloggeroid